Sunday 11 December 2011

REKA BENTUK KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH

Ciri utama Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan:
1. Kurikulum berasaskan standard
2. Kurikulum berbentuk modular
Kurikulum Berasaskan StandardTujuannya adalah untuk ekuiti dan kualiti. Di mana ekuiti bermaksud semua murid diberi pendidikan yang sama dan kualiti merujuk kepada bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Ia merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria @ indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan.
Kurikulum Berbentuk ModularMerupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit (dinamakan modul). 2 jenis modul diwujudkan iaitu:
1. Modul Asas - terdiri dari komponen bahasa (BM/BI/BC/BT), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik.
2.Modul Bertema - iaitu modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. (modul ini dibina menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak)
OBJEKTIF KSPK :
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi, sosial, intelek dan rohani seperti berikut :
1- Membina kecergasan badan.
2- Mempunyai tubuh badan yang sihat.
3- Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.
4- Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.
5- Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.
6- Mempunyai kematangan emosi.
7- Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.
8- Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.
9- Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain
10- Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.
11- Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya.
12- Mengamalkan nilai-nilai murni.
13- Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
14- Berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa penghantar dalam konteks kehidupan harian.
15- Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas.
16- Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah.
17- Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalampembelajaran dan kehidupan seharian.
18- Mengembangkan daya kreatif dan estetika.
19- Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.


No comments:

Post a Comment