Friday, 9 December 2011

INFO PRASEKOLAH

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

MATLAMAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera.
Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara.

NKRA PRASEKOLAH

Memperluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
  1. Peningkatan kadar peyertaan murid prasekolah sebanyak 20% menjelang 2012.
  2. Meluaskan pogram pendidikan prasekolah terutama di kawasan 'urban poor', luar bandar dan pendalaman.
KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah ialah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan bertanggungjawab di sekolah rendah kelak.

No comments:

Post a Comment